Terakhir Dikemas Kini: 18 November 2020
Marriott Group (Dalam Bahasa Inggeris) menghargai anda sebagai tetamu kami dan mengakui bahawa privasi penting buat anda. Kami mahu anda memahami cara kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi dan Data Lain anda (secara kolektif, “Data”).
Di Marriott, kami menghormati privasi anda dan ingin membekalkan anda dengan maklumat dan pilihan. Pilihan yang diberikan di bawah membolehkan anda untuk menyatakan kesukaan anda: apa dan berapa banyak yang anda kongsikan bersama kami dan bila dan bagaimana anda mahu mendengar dari kami.
Apri
Kami ingin mengetahui apakah perkara yang penting untuk anda dan memastikan anda mempunyai pengalaman yang diperibadikan. Seperti yang diterangkan secara lebih terperinci dalam Kenyataan Privasi Global kami, kami menggunakan alat digital seperti kuki dan tag pada laman sesawang kami. Kuki juga membantu kami menyediakan, melindungi dan memperbaiki perkhidmatan kami. Untuk menyesuaikan kesukaan anda, sila lawati halaman Keutamaan Penjejakan kami.
Apri
Kami mahu melibatkan anda dengan cara yang sangat berharga kepada anda, termasuk berapa kerap anda mahu mendengar dari kami. Untuk menetapkan kesukaan anda, sila log masuk ke profil anda dan pilih Pilihan Komunikasi. Untuk berhenti melanggan, gunakan pautan di bahagian bawah bagi mana-mana komunikasi kami kepada anda. NOTA: Walaupun anda memilih untuk tidak ikut serta dalam komunikasi, kami akan terus menghantar mesej transaksi mengenai tempahan atau penginapan anda, termasuk tinjauan pra-ketibaan, pengesahan dan kepuasan tetamu.
Apri
Sekiranya anda ingin menyemak, membetulkan, memadam, menyekat penggunaan atau membantah pemprosesan Data Peribadi yang telah anda berikan kepada kami sebelum ini, atau jika anda ingin menerima salinan elektronik Data Peribadi anda untuk tujuan menghantarnya ke syarikat lain (untuk sejauh mana hak ini bagi kemudahalihan data diberikan kepada anda oleh undang-undang), sila lengkapkan borang ini . Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai borang atau proses kami, sila hubungi kami di privacy@marriott.com, atau melalui pos di:
Marriott International, Inc.
Global Compliance, Privacy
10400 Fernwood Road
Bethesda, MD 20817
Amerika Syarikat
Maklumat Perhubungan EEA:
Marriott Hotels Limited
Pematuhan Global
Barnard’s Inn
86 Fetter Lane
London EC4A 1EN
United Kingdom
Untuk perlindungan anda, kami hanya memenuhi permintaan data peribadi yang dikaitkan dengan alamat e-mel dan/atau nombor akaun kesetiaan tertentu yang anda kenal pasti dalam permintaan anda, dan kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan tertentu. Apabila dibenarkan oleh undang-undang, kami boleh mengenakan yuran yang sesuai untuk menampung kos untuk menanggapi permintaan anda.
Marriott mengiktiraf dan menghormati privasi tetamu kami dan kami akan cuba mematuhi permintaan anda secepat mungkin dan selaras dengan undang-undang yang berkenaan.
Pernyataan Privasi ini menerangkan amalan privasi Marriott Group untuk data yang kami kumpul:
Secara kolektif, kami merujuk kepada Laman Web, Aplikasi dan Halaman Media Sosial kami sebagai “Perkhidmatan Dalam Talian” dan bersama-sama dengan Kunjungan Hartanah dan Interaksi Luar Talian, “Perkhidmatan.” Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju menerima terma dan syarat Penyataan Privasi ini.
Di titik sentuhan sepanjang perjalanan anda sebagai tetamu, kami mengumpulkan Data Peribadi mengikut keperluan undang-undang, dan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Data Peribadi ialah maklumat yang boleh mengenal pasti anda sebagai individu atau mengaitkan anda sebagai individu yang boleh dikenal pasti:
Dalam keadaan lebih terhad, kami juga mungkin mengumpul:
Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat tentang Pilihan anda yang kami gunakan untuk menjadikan penginapan semasa dan akan datang anda dengan kami lebih menyeronokkan, termasuk maklumat tentang minat anda dan maklumat berkaitan lain tentang anda yang kami ketahui semasa penginapan anda. Maklumat ini juga termasuk jika ada sebarang kesulitan maklum balas tentang perkhidmatan kami yang anda beritahu kami supaya kami dapat membaiki perkhidmatan kami dan pantang pemakanan atau kesihatan tertentu untuk memastikan kesejahteraan anda. Kami juga mungkin mengumpulkan “Pilihan Peribadi” anda, yang mungkin termasuk butiran ulang tahun istimewa anda (seperti hari lahir atau ulang tahun perkahwinan), jenis aktiviti yang menjadi pilihan anda untuk disertai apabila menginap dengan kami, dan hobi anda. Pilihan Peribadi juga mungkin termasuk butiran tentang orang yang biasanya bersama anda melakukan perjalanan, hubungan mereka dengan anda dan status perkahwinan anda.
Jika anda menyerahkan apa-apa Data Peribadi tentang orang lain kepada kami atau Pembekal Perkhidmatan kami (contohnya, jika anda membuat tempahan untuk individu lain), anda menyatakan bahawa anda mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan anda membenarkan kami menggunakan data tersebut selaras dengan Pernyataan Privasi ini.
Pernyataan Privasi ini menerangkan amalan privasi Marriott Group untuk Data Peribadi dan Data Lain yang kami kumpulkan melalui saluran berikut:
TUJUAN | PERIHALAN AKTIVITI YANG DIKAITKAN DENGAN TUJUAN | ASAS UNDANG-UNDANG |
---|---|---|
Tempahan & Pendaftaran Tetamu | Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan, misalnya: memudahkan tempahan dan pesanan penginapan hotel serta perkhidmatan berkaitan; untuk komunikasi praketibaan (logistik, perubahan, pilihan dan sebagainya); dan memproses pembayaran dan wang pendahuluan. | Pelaksanaan kontrak untuk individu dengan tetamu menempah bilik Kepentingan sah untuk individu yang menempah bilik seperti memenuhi pilihan mereka dan juga untuk mana-mana individu yang mengiringi tetamu utama (contohnya suami isteri, anak, kawan) Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod. |
Sambutan Di Lokasi & Perkhidmatan Penginapan | Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, seperti: memudahkan proses daftar masuk dan daftar keluar; memproses pembayaran; menyediakan perkhidmatan yang konsisten serta nasihat tentang perkhidmatan di tapak (berdasarkan penggunaan masa lalu atau pilihan yang dinyatakan); menyediakan perkhidmatan pekerja rencam, penyimpanan bagasi, serta perkhidmatan meletak kenderaan; membuat pengaturan dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi pihak tetamu (misalnya menyelaras lawatan dan kunjungan ke tempat-tempat lain; mengatur perkhidmatan teksi, pengangkutan ulang-alik dan pemandu; dan memudahkan tempahan dan pesanan di restoran dan acara); mentadbir dan memudah cara akses Wi-Fi, TV dan perkhidmatan sambungan lain (termasuk capaian ke kemudahan pusat perniagaan, seperti perkhidmatan faks dan fotokopi) dan sistem hiburan (seperti PlayStation dan pemain muzik); memudah cara makan di dalam bilik (termasuk mengambil kira diet pemakanan atau kesihatan lain yang dinyatakan oleh tetamu); perkhidmatan pengemasan (termasuk pilihan untuk bantal khas, duvet dan kemudahan lain yang dinyatakan oleh tetamu) dan perkhidmatan cucian kering; mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan pelanggan; dan menentukan kelayakan untuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan sekatan umur (misalnya alkohol dan hiburan orang dewasa di dalam bilik). | Pelaksanaan kontrak, misalnya memproses pembayaran Kepentingan yang sah, seperti memenuhi pilihan tetamu (contohnya untuk bilik berhampiran lif atau di tingkat paling atas) Persetujuan, misalnya mengumpul maklumat berkaitan pilihan pemakanan yang diberikan oleh tetamu Kewajipan undang-undang, misalnya mengumpul nombor pengenalan (ID) apabila diperlukan di sisi undang-undang |
Persidangan & Acara | Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: berkomunikasi dengan pelanggan tentang persidangan dan perancangan acara yang lain (“Acara”); memudah cara tempahan dan pesanan Acara; terlibat dalam komunikasi praAcara (logistik, penginapan, perubahan dan sebagainya); membuat persediaan untuk menyelaras Acara menurut arahan, jangkaan dan pilihan pelanggan; memudah cara katering; berkomunikasi tentang bil dan mendapatkan bayaran yang belum dilunaskan; memproses pembayaran dan wang pendahuluan; melaksanakan semakan kredit; mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan pelanggan; dan berkomunikasi dengan peserta sewaktu Acara berlangsung. | Pelaksanaan kontrak, misalnya mengumpul maklumat berkaitan Acara yang dirancang Kepentingan yang sah, misalnya menjawab aduan atau kebimbangan pelanggan berkaitan Acara Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod |
Operasi & Perniagaan Umum Marriott | Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: mentadbir khidmat pelanggan untuk memudah cara dan menangani pertanyaan, komen dan aduan tentang apa-apa perkhidmatan kami (misalnya secara bersemuka, melalui telefon, e-mel atau di media sosial); mengendalikan keselamatan dan pencegahan penipuan; mentadbir perkhidmatan dalam talian (termasuk penyelesaian masalah, analisis data, pengujian, penyelenggaraan sistem, sokongan, pelaporan dan pentadbiran data); memantau dan menganalisis penggunaan perkhidmatan dan menggunakan analisis data untuk meningkatkan perkhidmatan, pemasaran, program, pengalaman pelanggan secara keseluruhan, mengumpul maklum balas, menjalankan program perintis untuk perkhidmatan baharu yang berpotensi, dan membangunkan perkhidmatan baharu di samping meningkatkan perkhidmatan sedia ada; dan memudahkan penggabungan, pengambilalihan, dan penyusunan serta penstrukturan semula perniagaan kami (termasuk prospek urus niaga). | Perlaksanaan kontrak, misalnya memastikan perkhidmatan dalam talian berfungsi supaya pelanggan boleh membuat tempahan atau menguruskan akaun kesetiaan Kepentingan yang sah, misalnya menjawab aduan atau kebimbangan pelanggan Persetujuan, misalnya untuk program pemasaran Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod |
Respons Kecemasan & Insiden | Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: memastikan keselamatan perkhidmatan di lokasi; mengurus, mengendalikan dan mendokumenkan kemalangan di lokasi dan kecemasan perubatan serta kecemasan lain (termasuk memudah cara perkhidmatan doktor di lokasi); memantau hartanah secara aktif untuk memastikan pencegahan, respons dan pendokumenan insiden yang mencukupi (termasuk CCTV); meminta bantuan daripada perkhidmatan kecemasan; dan menghantar pemberitahuan dan makluman jika berlaku insiden atau kecemasan (misalnya melalui SMS, e-mel, panggilan telefon, gesaan peranti audio-visual dan lain-lain). | Perlaksanaan kontrak, misalnya memastikan keselamatan tetamu dan kakitangan melalui interaksi dengan kakitangan keselamatan di lokasi Kepentingan yang sah, misalnya memantau hartanah melalui CCTV untuk memastikan keselamatan tetamu dan kakitangan Kewajipan undang-undang, misalnya mendokumenkan kemalangan di lokasi Kepentingan vital individu, misalnya menghubungi perkhidmatan perubatan atau kecemasan untuk tetamu yang sakit |
Undang-undang & Pematuhan | Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: mematuhi undang-undang yang berkenaan; mematuhi proses perundangan; menjawab permintaan daripada pihak berkuasa awam dan kerajaan; memenuhi keperluan keselamatan kebangsaan atau penguatkuasaan undang-undang; menguatkuasakan terma dan syarat kami; melindungi operasi kami; melindungi hak, privasi, keselamatan atau harta benda Marriott Group, tetamu, pelawat dan individu berkaitan yang lain; dan membenarkan kami meneruskan remedi undang-undang yang ada dan mengehadkan kerugian yang mungkin ditanggung oleh Marriott. | Kewajipan undang-undang, misalnya mematuhi proses perundangan Kepentingan yang sah, misalnya menguatkuasakan terma dan syarat untuk melindungi tanda dagangan Kepentingan vital individu, misalnya menghubungi perkhidmatan kecemasan jika berlaku gangguan dan insiden yang melibatkan tetamu |
Perkhidmatan Spa, Kecantikan, Golf & Kecergasan | Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: memudahkan tempahan dan pesanan; menentukan kelayakan untuk perkhidmatan; memenuhi keperluan individu yang kurang upaya atau memiliki kesihatan yang terhad dan menyediakan aktiviti, perkhidmatan dan rawatan yang sesuai dan selamat; menyediakan perkhidmatan yang konsisten dan diperibadikan berdasarkan penggunaan masa lalu dan pilihan yang dinyatakan oleh individu; memproses pembayaran; mendapatkan khidmat profesional yang diminta untuk rawatan dan perkhidmatan khusus; dan mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan pelanggan. | Perlaksanaan kontrak, misalnya memproses pembayaran Persetujuan, misalnya mengumpul maklumat tentang masalah belakang apabila menyediakan perkhidmatan urut Kepentingan yang sah, misalnya menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan (contohnya menawarkan peluang bermain golf berdasarkan aktiviti lepas) Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod Kepentingan vital individu (contohnya apabila individu jatuh sakit semasa menggunakan peralatan kecergasan) |
Perkhidmatan Makanan & Minuman | Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: memudahkan tempahan; memenuhi pilihan pemakanan; menyediakan perkhidmatan yang konsisten dan diperibadikan berdasarkan penggunaan lalu dan pilihan yang dinyatakan oleh individu; memproses pembayaran; mengatur tempahan; dan mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan pelanggan. | Pelaksanaan kontrak, misalnya memproses pembayaran Persetujuan, misalnya mengumpul maklumat tentang pantang pemakanan atau kesihatan tetamu apabila memesan makanan Kepentingan yang sah, misalnya menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan (contohnya menawarkan wain merah kepada tetamu berdasarkan permintaan terdahulu) Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod Kepentingan info (contohnya apabila individu jatuh sakit di salah sebuah restoran) |
Perkhidmatan Berkaitan Kanak-Kanak (untuk Ibu Bapa & Penjaga yang Sah) | Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: memudahkan perkhidmatan jagaan bayi/pengasuh hotel, kelab kanak-kanak dan program golf junior; memudahkan tempahan dan pesanan; membuat persediaan dan menyelaras penginapan hotel dan perkhidmatan mengikut pilihan, arahan dan jangkaan tetamu; perkhidmatan pembayaran dan bil; perkhidmatan makan (sebagai contoh, menu khas untuk kanak-kanak atau diskaun istimewa untuk sarapan kanak-kanak di bawah umur tertentu). | Pelaksanaan kontrak, misalnya anak dalam julat umur tertentu yang menginap di bilik ibu bapa mereka akan dikenakan caj tambahan atau diskaun Persetujuan ibu bapa atau penjaga yang sah, misalnya memenuhi keperluan kanak-kanak Kepentingan yang sah, misalnya menyediakan katil bayi atau jubah mandi bersaiz kanak-kanak dan kemudahan lain untuk kanak-kanak Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod Kepentingan info individu, misalnya apabila kanak-kanak jatuh sakit semasa menyertai kelab kanak-kanak |
Program Kesetiaan, Pengurusan Akaun & Hubungan | Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, misalnya: mendaftar pengguna dalam program kesetiaan dan akaun klien yang lain serta program kad pembayaran; menentukan kelayakan untuk pelbagai program dan perkhidmatan berkaitan; mentadbir program kesetiaan; menyediakan perkhidmatan yang konsisten dan diperibadikan berdasarkan penggunaan terdahulu dan pilihan yang dinyatakan oleh ahli; memastikan capaian kepada Perkhidmatan Dalam Talian; memproses pembayaran; memaklumi ahli tentang perubahan pada program, terma dan syarat; dan mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan ahli. | Pelaksanaan kontrak, misalnya mengakses mata ganjaran dan mengagihkan manfaat Persetujuan, misalnya memenuhi mod komunikasi pilihan (contohnya e-mel, SMS) Kepentingan yang sah, misalnya mengurus pilihan ahli berkaitan cara mereka ingin memperoleh, menjejaki dan menggunakan mata ganjaran Kewajipan undang-undang berkaitan dengan transaksi kewangan, misalnya kewajipan menyimpan buku dan rekod |
Pemasaran, Promosi & Peraduan | Terdapat beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan tujuan ini, seperti: memaklumkan tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat tetamu; menyediakan iklan yang diperibadikan untuk produk dan perkhidmatan di laman web terpilih, yang juga boleh termasuk segmentasi dan pemprofilan (sepertimana istilah tersebut ditakrifkan dalam GDPR); memudahkan penyertaan dalam cabutan bertuah, peraduan dan promosi lain (seperti peraduan foto percutian terbaik di media sosial); dan mengendalikan permintaan, pertanyaan dan aduan pelanggan. | Pelaksanaan kontrak, misalnya memenuhi kewajipan yang dikaitkan dengan peraduan Persetujuan, misalnya memenuhi mod komunikasi pilihan (contohnya e-mel, SMS) Kepentingan yang sah, misalnya menyediakan iklan untuk produk dan perkhidmatan yang serupa Kewajipan yang sah, misalnya mengendalikan maklumat yang konsisten dengan peraturan berkaitan cabutan bertuah |
Matlamat kami adalah memberi perkhidmatan dengan lebih baik dan memenuhi jangkaan anda serta tahap hospitaliti pilihan pada setiap peringkat, dari saat anda membuat tempahan dengan kami hingga waktu anda mendaftar keluar. Lihat di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.
TUJUAN | PERIHAL AKTIVITI YANG DIKAITKAN DENGAN TUJUAN | ASAS UNDANG-UNDANG |
---|---|---|
Ulang tahun | Apabila anda menginap dengan kami, kami mahu membantu anda meraikan mana-mana ulang tahun atau hari lahir. Sebagai contoh, kami mahu membuat catatan tentang tarikh-tarikh ini untuk membolehkan kami menyediakan hadiah hari lahir atau ulang tahun untuk anda. | Persetujuan, jika berkenaan. |
Jenis aktiviti dan hobi (misalnya butiran lawatan ke pantai, mengasuh bayi, kecergasan, perjalanan dan pengangkutan, teater kelab kanak-kanak, restoran dan sebagainya) | Kami ingin memastikan bahawa kami memberikan perkhidmatan yang dapat meningkatkan pengalaman Marriott anda. Untuk melakukan perkara ini, kami akan menyimpan pilihan anda tentang jenis aktiviti yang anda suka sertai, supaya kami dapat memastikan kami dapat menawarkan pengalaman yang sama apabila anda menginap dengan kami pada masa akan datang. | Persetujuan, jika berkenaan. |
Hubungan (suami, isteri, anak lelaki, anak perempuan dan sebagainya) | Kami memahami bahawa Pilihan anda boleh bertukar bergantung pada orang yang mengiringi anda (seperti jenis bilik pilihan anda). Kami boleh menyimpan rekod hubungan anda untuk membantu kami menjadikan penginapan Marriott anda seselesa yang mungkin. Sebagai contoh, jika kami tahu anda melakukan perjalanan bersama anak kecil, kami boleh merancang secara proaktif untuk penginapan tambahan misalnya katil bayi atau katil tambahan. | Kepentingan sah, untuk memberi anda perkhidmatan yang luar biasa. Persetujuan, jika berkenaan. |
Pilihan untuk Hartanah, Kelab dan Kemudahan | Apabila anda menginap dengan kami, kami mahu memastikan bahawa kami dapat memberi anda perkhidmatan yang dapat meningkatkan pengalaman Marriott anda. Untuk melakukan perkara ini, kami akan menyimpan pilihan anda untuk hartanah, kelab dan kemudahan kami, berdasarkan pilihan penginapan anda pada masa lalu, kelab kanak-kanak kami, perkhidmatan pengasuh, perkhidmatan spa dan kecantikan, golf, restoran dan kemudahan kecergasan. | Kepentingan sah, untuk memberi anda perkhidmatan yang luar biasa. Persetujuan, jika berkenaan. |
Pilihan Pemakanan | Apabila anda menginap dengan kami, kami mahu memastikan bahawa anda selamat, bahawa kami menjaga kesejahteraan anda dan memberi anda perkhidmatan untuk meningkatkan pengalaman Marriott anda. Sebagai contoh, kami mungkin membuat catatan tentang pilihan hidangan atau minuman anda supaya kami bersedia sekiranya anda meminta perkhidmatan bilik atau makan di salah sebuah kafe atau restoran kami. | Kepentingan sah, untuk memberi anda perkhidmatan yang luar biasa. Persetujuan, jika berkenaan. |
Di Marriott, kami percaya bahawa anda patut mempunyai pilihan berhubung data anda. Kami memberi anda pilihan, maklumat dan pilihan di bawah untuk menyatakan kecenderungan anda: maklumat dan jumlah maklumat yang anda kongsikan dengan kami dan masa serta cara anda menerima komunikasi daripada kami.
Komunikasi dan Pilihan
Kuki dan Data Lain
Untuk maklumat tentang pilihan anda berkaitan dengan Kuki dan Data Lain, sila lihat Bahagian Kuki dan DataKuki Lain dan Data Lain di atas.
Cara Anda Boleh Mengakses, Menukar, Memadam, Menyekat Penggunaan atau Membantah Pemprosesan Data Peribadi Anda
Jika anda mahu memohon untuk mengakses, menukar, memadam, menyekat penggunaan, atau membantah pemprosesan Data Peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami sebelum ini, atau jika anda ingin mendapatkan salinan elektronik Data Peribadi anda bagi tujuan menghantarnya kepada syarikat lain (hingga takat hak ini diberikan kepada anda oleh undang-undang), sila lawati Portal Hak Individu kami dan lengkapkan borang ini . Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai borang atau proses kami, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di privacy@marriott.com. Sila lihat juga, Hubungi Kami.
Untuk perlindungan anda, kami hanya memenuhi permohonan data peribadi yang dikaitkan dengan alamat e-mel dan/atau nombor akaun kesetiaan tertentu yang anda nyatakan dalam permohonan anda, dan kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permohonan tertentu. Apabila dibenarkan oleh undang-undang, kami boleh mengenakan bayaran tertentu untuk menampung kos menjawab permintaan anda.
Marriott memaklumi dan menghormati privasi tetamu kami dan kami akan mencuba untuk memenuhi permintaan anda secepat yang munasabah dan selari dengan undang-undang yang berkenaan.
Jika anda telah memberi persetujuan kepada kami berkaitan dengan tindakan atau aktiviti tertentu, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan dalam Bahagian “Hubungi Kami” di bawah.
Entiti Bukan Marriott Group
Pernyataan Privasi ini tidak menangani, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap privasi, data atau amalan lain mana-mana entiti di luar Marriott Group, termasuk Pemberi Francais, Pemilik, Homes and Villas Property Management Companies, Pemegang Lesen yang Sah, Rakan Perniagaan Strategik atau mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan mana-mana laman web atau perkhidmatan yang berkaitan dengan Perkhidmatan, perkhidmatan pembayaran, program kesetiaan atau laman web yang merupakan halaman utama pembekal Internet berkelajuan tinggi di premis kami. Kemasukan pautan pada Perkhidmatan Dalam Talian tidak menandakan pengesahan laman atau perkhidmatan yang disambung oleh kami. Kami biasanya tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda oleh pihak ketiga.
Di samping itu, kami tidak bertanggungjawab terhadap pengumpulan, penggunaan, pendedahan, atau dasar atau amalan keselamatan data organisasi lain, misalnya Facebook, Apple, Google, Microsoft, RIM atau mana-mana pembangun aplikasi, penyedia aplikasi, penyedia platform media sosial, penyedia sistem operasi, penyedia perkhidmatan tanpa wayar atau pengeluar peranti yang lain, termasuk berhubung dengan mana-mana Data Peribadi yang anda dedahkan kepada organisasi lain melalui Aplikasi atau halaman media sosial kami.
Keselamatan
Kami berusaha untuk menggunakan langkah-langkah organisasi, teknikal dan pentadbiran yang munasabah bagi melindungi Data Peribadi. Malangnya, tiada sistem penghantaran atau penyimpanan data boleh dijamin menjadi selamat 100%. Jika anda mempunyai sebab untuk tidak mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat (sebagai contoh, jika anda berpendapat bahawa keselamatan akaun anda telah terjejas), sila maklumkan kepada kami dengan segera selaras dengan bahagian “Hubungi Kami”, di bawah.
Penyimpanan
Kami akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang perlu bagi memenuhi tujuan yang digariskan dalam Pernyataan Privasi ini melainkan tempoh penyimpanan yang lebih panjang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.
Kriteria yang digunakan untuk menentukan tempoh penyimpanan kami termasuk:
Data Sensitif
Melainkan diminta secara khusus, kami meminta anda supaya tidak menghantar dan juga tidak mendedahkan apa-apa Data Peribadi Sensitif pada atau melalui Perkhidmatan atau sebaliknya, kepada kami (contohnya, nombor keselamatan sosial, nombor pengenalan pembayar cukai, nombor pasport, nombor lesen memandu atau nombor pengenalan lain yang dikeluarkan oleh kerajaan; butiran kad kredit atau debit atau nombor akaun kewangan, dengan atau tanpa mana-mana kod atau kata laluan yang boleh membenarkan akses kepada akaun, sejarah kredit; atau maklumat tentang bangsa, agama, kumpulan etnik, kehidupan atau amalan seks atau orientasi seksual, maklumat perubatan atau kesihatan, maklumat genetik atau biometrik, templat biometrik, fahaman politik atau falsafah, keahlian parti politik atau kesatuan sekerja, maklumat semakan latar belakang, data kehakiman misalnya rekod jenayah, atau maklumat tentang prosiding penghakiman atau pentadbiran yang lain).
Penggunaan Perkhidmatan oleh Orang Bawah Umur
Perkhidmatan tidak disasarkan kepada individu bawah umur enam belas (16) tahun dan kami meminta supaya mereka tidak memberikan Data Peribadi melalui Perkhidmatan.
Pemindahan Rentas Sempadan
Marriott Group ialah sebuah organisasi global dan menyediakan perkhidmatan di seluruh dunia. Berkongsi data rentas sempadan adalah penting kepada Perkhidmatan supaya anda menerima perkhidmatan berkualiti tinggi yang sama di mana sahaja anda berada di dunia. Akibatnya, kami akan, tertakluk kepada undang-undang, memindahkan Data Peribadi dan Data Lain yang dikumpulkan berkaitan dengan Perkhidmatan, kepada entiti di negara-negara di mana piawaian perlindungan datanya mungkin berbeza dengan negara tempat anda tinggal. Dengan membuat tempahan, mengunjungi atau menginap di hartanah berjenama Marriott atau menggunakan mana-mana perkhidmatan berjenama Marriott Group, anda memahami bahawa kami memindahkan Data Peribadi anda di seluruh dunia.
Dalam keadaan tertentu, mahkamah, agensi penguatkuasaan undang-undang, agensi kawal selia atau pihak berkuasa keselamatan di negara-negara lain tersebut akan berhak untuk mengakses Data Peribadi anda.
Sesetengah negara bukan EEA diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah sebagai negara yang menyediakan tahap perlindungan data yang mencukupi menurut piawaian EEA (senarai lengkap negara-negara ini boleh didapati di sini ).
Perisai Privasi
Marriott International, Inc. dan beberapa gabungannya di AS sebelum ini telah memperakui rangka kerja Perlindungan Privasi EU-A.S. dan Swiss-A.S., berhubung dengan pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi yang dipindahkan dari EEA, Switzerland dan United Kingdom ke Amerika Syarikat, sebelum 16 Julai, 2020. Perakuan kami boleh didapati di: www.privacyshield.gov/list
. Untuk maklumat lanjut mengenai prinsip Perlindungan Privasi, sila lawati: www.privacyshield.gov
. Dalam sesetengah keadaan, kami juga boleh memindahkan data dengan memasuki Fasal Kontraktual Standard.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan dan hubungan pengurusan aduan kami, sila rujuk Dasar Perlindungan Privasi Tetamu kami. Oleh sebab komunikasi e-mel anda kepada kami mungkin tidak selamat sepanjang masa, jangan sertakan maklumat kad kredit atau Data Sensitif dalam e-mel anda kepada kami.
Kemas Kini Pernyataan Privasi ini
Petunjuk “Terakhir Dikemas kini” di bahagian atas halaman ini menyatakan tarikh terakhir Pernyataan Privasi ini dikemas kini. Sebarang perubahan akan berkuatkuasa apabila kami menyiarkan Pernyataan Privasi yang disemak pada Perkhidmatan Dalam Talian. Jika anda ingin menyemak versi Pernyataan Privasi yang berkuat kuasa sejurus sebelum semakan ini, sila hubungi kami di privacy@marriott.com.
Jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan tentang Pernyataan Privasi ini, sila hubungi kami di privacy@marriott.com, atau melalui pos:
Marriott International, Inc.
Global Compliance, Privacy
10400 Fernwood Road
Bethesda, MD 20817
United States of America
Marriott Hotels Limited
Global Compliance
Barnard’s Inn
86 Fetter Lane
London EC4A 1EN
United Kingdom
Maklumat Tambahan
PENGAWAL DATA
Marriott Group bertindak sebagai Pengawal Data bebas dengan pemilik dan pemberi francais kami, yang mempunyai hak terhad untuk menggunakan Data yang kami kumpul sepertimana yang diterangkan di bawah:
Pemilik: Oleh sebab hotel yang anda tempah untuk penginapan mungkin tidak dimiliki oleh Marriott Group, kami berhak mendedahkan Data kepada pemilik hartanah berjenama Marriott Group bagi tujuan yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi Global ini. Pemilik mempunyai hak yang sah untuk menggunakan Data Peribadi tertentu untuk tujuan mereka sendiri dan oleh itu layak dianggap sebagai Pengawal Data bebas supaya mereka dapat mematuhi kewajipan undang-undang mereka sendiri, termasuk menyimpan rekod & buku.
Pemberi Francais: Di samping itu, sesetengah hotel berjenama Marriott dimiliki dan beroperasi di bawah perjanjian francais dengan Marriott Group. Oleh hal yang demikian, kami mendedahkan Data kepada pemberi francais hartanah berjenama Marriott Group untuk tujuan sepertimana yang dijelaskan dalam Pernyataan Privasi Global. Pemberi Francais mempunyai hak yang sah untuk menggunakan Data Peribadi tertentu untuk tujuan mereka sendiri dan oleh itu layak dianggap sebagai pengawal data bebas untuk tujuan mengurus dan menyelaraskan penginapan anda di hotel, dan untuk mematuhi kewajipan undang-undang mereka sendiri, termasuk penyimpanan rekod & buku.
Anda juga boleh: